Wednesday 13 April 2011

Nukilanku~

Tak tau nak tulis ape tapi jari-jemari asyik nak menari-nari atas keypad..

walaupun aku ini hanya insan di pinggiran sahaja,
jangan la dikau memandang aku bagai tiada erti,
mungkin saja dimatamu aku ini hanya insan yang tidak mampu,
insan yang tidak akan membawa apa-apa kebaikan,
didalam benak ku sering tertanya-tanya,
adakah kau sempurna,
adakah kau tidak pernah lakukan kesalahan,
walaupun aku insan tiada apa,
namun aku bangga,
bangga dengan diri aku,
bangga dengan tingkah laku aku,
aku bangga menjadi diri aku,
walaupun hina,
tetapi aku adalah aku,
jangan lah kau pandang aku dengan sepi,
kerana kau tidak tau apa-apa,
aku mampu,
mampu berdiri diatas kaki aku sendiri,
adakah kau mampu,
jika semua nikmat ditarik dari kau,
adakah kau mampu,
dimana hilang dirimu yang dulu sempurna,
sepi ditelan ombak barangkali,
tidak semua yang kita ada akan bertahan selamanya.

No comments:

Post a Comment